Latest News

Lihat Apa Yang Wanita Ini Lakukan Pads Peniaga Online Hanya Gunakan Saya Awak

PicsArt_04-06-02.29.27.jpg

Padah Peniaga Online Hanya Gunakan ‘Saya Awak’ Dengan Wanita Ini, Lihat Apa Yang Dia Lakukan

1.png

Itulah teguran seorang wanita berstatus doktor terhadap peniaga yang berurusan dengannya baru-baru ini viral di media sosial.

Doktor Harlina Halizah, dari PPUKM, menghantar sms kepada seorang peniaga berkenaan dengan iklan yang ditemuinya di Google, meminta pihak peniaga bertemu dengannya di PPUKM atau di rumah.

Bagaimanapun, Doktor Harlina tidak begitu gemar dengan cara peniaga terbabit membalas mesejnya yang menggunakan perkataan ‘awak’, dianggap sebagai tidak profesional.

“Kalau boleh, jangan guna perkataan awak (awak?) bila buat pertanyaan untuk bakal pelanggan ye. Kurang sopan esp sebab saya ini seorang yang sudah berumur 50 tahun. Elok kalau guna panggilan ‘puan’ atau gunakan title saya iaitu doktor,” katanya.

934143_1149821565037398_9211555288986926

12924528_1149821661704055_84867161079628

Bagi Harlina, peniaga perlu menggunakan bahasa yang sesuai dan profesional ketika berkomunikasi dengan pelanggan.

“Ucapkanlah sedikit penghargaan/terima kasih atas kesudian bakal pelanggan menghubungi anda. Baca sekali dua lagi teks yang ditulis sebelum menekan ikon ‘Send. Sesungguhnya bahasa yang digunakan akan melambangkan keperibadian seseorang!” katanya.

Reaksi dari netizen pula berbeza-beza. Ada yang menyokong, ada yang sebaliknya. Namun, ianya lebih kepada teguran positif?

“Sedangkan kita bila berdoa kepada Allah, boleh sebut ‘kau’ dan ‘aku’ menandakan kita amat dekat kepada Pencipta. Apatah lagi Doktor ini cuma manusia biasa,”

Sumber: mewarnaimu9

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

Ads Inside Post

Propellerads

Super Kiram Designed by Templateism.com Copyright © 2016 |

Theme images by Jason Morrow. Powered by Blogger.