Betul atau tidak, jikalau waktu kecil itu comel mesti bila dah besar nanti hampeh. Ini buktinya buat anda renungkan.
BARU-BARU ini heboh di laman sosial dengan teka-teki siapakah pemilik rupa yang menghiasi botol F&N itu sejak dahulu hingga kini. Ada yang mengatakan wajah budak perempuan itu ialah milik selebriti Liyana Jasmay.
Memang benar seperti tanggapan ramai, jika diimbas sepintas lalu, wajah budak perempuan itu mirip penyanyi kecil molek Liyana Jasmay.
Namun tiada sebarang reaksi dari selebriti berasal dari Melaka itu berkaitan teka-teki yang melanda netizen negara ini.
Akhirnya persoalan dan teki-teki itu terjawab apabila empunya diri telah tampil mengaku bahawa wajah yang menghiasi botol kordial jenama F&N itu adalah dirinya.
Wanita yang dikenali sebagai Madihah telah merungkai persoalan itu melalui satu posting yang dimuat naik ke dalam lamanInstagramdanTwittermiliknya.
Siapa sangka sudah dewasa budak perempuan ini malah memiliki rupa paras yang cantik. Laman sosialInstagrammiliknya juga bahkan ada lebih 6 ribu pengikut dan hampir satu ribu pengikut diTwitter. MYNEWSHUB.CC
Sumber: ceritagempakkomuniti
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
