Latest News

Nora danish kami mungkin kahwin tahun ini

10299801_585120071650591_2024682895_n-70

Bagi peminat kepada pasangan romantik, Nora Danish dan Nedim Nazri pastinya teruja untuk melihat mereka naik pelamin secepat yang mungkin. Terkini Nora memberitahu bahawa mereka mungkin akan berkahwin pada hujung tahun ini selepas tiga tahun menyulam cinta.

BACA: Nazri Aziz Tidak Kisah Anak Mahu Kahwin Nora Danish

Nampak gayanya tahun ini juga kami akan berkahwin. Bagaimanapun sejujurnya saya tidak mahu terburu-buru kerana ia juga perkahwinan kedua saya. Saya tidak mahu berkahwin atas dasar cinta semata-mata, tetapi biarlah kerana Allah

300x250-Roti-Kaya.jpg

Walaupun perbincangan ke arah itu pernah dilakukan, namun kami masih belum menetapkan sebarang tarikh untuk detik bersejarah terbabit. Selain itu, saya juga mengimpikan perkahwinan yang sederhana, apa yang penting kami sebagai pasangan sah bergelar suami isteri, katanya kepada Berita Harian Online.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai kenyataan bapa Nedim, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang juga Menteri Pelancongan dan Kebudayaan tempoh hari, Nora berkata, mereka pernah bertemu beberapa kali namun beliau enggan memberikan sebarang komen mengenai perkara itu demi menghormati status bapa Nedim sebagai menteri.

BIW_300x250.jpg

Terdahulu, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz pernah mengeluarkan kenyataan berhubung hubungan cinta diantara anak lelakinya dengan Nora Danish. Dalam kenyataan tersebut, beliau seolah-olah memberikan lampu hijau atau restu sekiranya mereka ingin berkahwin. (rkty/w)



SUMBER
Berita Harian Online

Sumber: Rotikaya

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

Ads Inside Post

Propellerads

Super Kiram Designed by Templateism.com Copyright © 2016 |

Theme images by Jason Morrow. Powered by Blogger.